Tuesday 19 November 2013

DI Sebalik Semangat Kesukanan

Hari ni, saya sempat tengok dua game bola tampar kejohanan dunia. Walaupun selama ni memang mengikuti perkembangan bola tampar, tak perasaan pula hari ni dah start kejohanan dunia yang bertempat di Jepun. Game pertama yg boleh kata best antara Rusia dan Itali terlepas, yg tinggal hanyalah perlawanan antara Brazil dengan Iran dan US dengan Jepun.

Bila tengok jadual, macam bosan je game ni, memang akan menanglah Brazil ngan US. Tapi tengok je lar, bukan senang nak ada game bola tampar. Bila tengok dua2 game tu, tiba-tiba terlintas sesuatu, kalau kita cuba walaupun kita yakin kita akan kalah, ada kemungkinan sebenarnye yang kita boleh menang. Bila tengok Iran dengan Jepun, dua-dua pasukan underdog kalau nak bandingkan dengan Brazil dan US. Tapi, mereka tetap berjuang dan berlawan habis-habisan.

Keputusannya, Iran dengan Jepun kalah, tapi bukan kalah 3-0 seperti ramai orang jangkakan, tapi kalah 3-1. Dua set pertama, mereka seolah-olah langsung tiada peluang, namum mereka bangkit dan berjuang pada set ketiga sehingga mereka boleh menang walaupun satu set. Kalau dilihat pada dasarnya, alah, mereka menang satu set je pon. Ya, betul.

Tapi, cuba lihat dai segi kelebihan dan kekurangan yang ada. Saya boleh katakan kedua-duanya langsung tiada kelebihan berbanding dengan lawan masing-masing. Lawan mereka jauh lebih tinggi, berpengalaman, mempunyai pilihan pemain yang ramai dan jauh lebih hebat. Namun begitu, mereka tetap berjuang dan memberikan saingan yang hebat kepada lawan mereka.

Apa yang kita boleh dapat daripada mereka? Mungkin bila dinilai dari segi kelebihan musuh dan kekurangan kita, kita dalam keadaan yang pasti kalah. Namun, selagi belum dicuba, selagi belum berhenti berjuang, kita tak akan tahu kesudahannya. Walaupun kalah, namun usaha itu yang penting. Dan, tidak semestinya kalah itu satu keburukan bagi kita.