Tuesday 19 November 2013

DI Sebalik Semangat Kesukanan

Hari ni, saya sempat tengok dua game bola tampar kejohanan dunia. Walaupun selama ni memang mengikuti perkembangan bola tampar, tak perasaan pula hari ni dah start kejohanan dunia yang bertempat di Jepun. Game pertama yg boleh kata best antara Rusia dan Itali terlepas, yg tinggal hanyalah perlawanan antara Brazil dengan Iran dan US dengan Jepun.

Bila tengok jadual, macam bosan je game ni, memang akan menanglah Brazil ngan US. Tapi tengok je lar, bukan senang nak ada game bola tampar. Bila tengok dua2 game tu, tiba-tiba terlintas sesuatu, kalau kita cuba walaupun kita yakin kita akan kalah, ada kemungkinan sebenarnye yang kita boleh menang. Bila tengok Iran dengan Jepun, dua-dua pasukan underdog kalau nak bandingkan dengan Brazil dan US. Tapi, mereka tetap berjuang dan berlawan habis-habisan.

Keputusannya, Iran dengan Jepun kalah, tapi bukan kalah 3-0 seperti ramai orang jangkakan, tapi kalah 3-1. Dua set pertama, mereka seolah-olah langsung tiada peluang, namum mereka bangkit dan berjuang pada set ketiga sehingga mereka boleh menang walaupun satu set. Kalau dilihat pada dasarnya, alah, mereka menang satu set je pon. Ya, betul.

Tapi, cuba lihat dai segi kelebihan dan kekurangan yang ada. Saya boleh katakan kedua-duanya langsung tiada kelebihan berbanding dengan lawan masing-masing. Lawan mereka jauh lebih tinggi, berpengalaman, mempunyai pilihan pemain yang ramai dan jauh lebih hebat. Namun begitu, mereka tetap berjuang dan memberikan saingan yang hebat kepada lawan mereka.

Apa yang kita boleh dapat daripada mereka? Mungkin bila dinilai dari segi kelebihan musuh dan kekurangan kita, kita dalam keadaan yang pasti kalah. Namun, selagi belum dicuba, selagi belum berhenti berjuang, kita tak akan tahu kesudahannya. Walaupun kalah, namun usaha itu yang penting. Dan, tidak semestinya kalah itu satu keburukan bagi kita.

Wednesday 30 October 2013

Kerana Seekor Kucing

Petang tadi, berpeluang untuk keluar makan bersama parents. Tempat tu famous dengan ikan bakar dan tak jauh mana dengan pasar. Jadi, kat situ banyak sangat kucing. Macam-macam jenis ada. Tapi yang paling sedih dan pelik adalah sikap manusia terhadap kucing-kucing ni. Ada yang sanggup menyepak kucing hanya kerana meminta makanan. Saya pun tak suka kucing main panjat masa tengah makan, tapi tak ada lah sampai tergamak nak sepak kucing tu. Cuma tolak, biar dia turun dah cukup.

Ada sesetengah orang ni cukup fobia dengan kucing. Tersentuh je terus menjerit dan lari jauh2. Tu normal. Sebab setiap orang ada mende2 tertentu yg diorang takot. Dan tak salah nak takot atau geli ngan kucing.

Tapi itu bukan alasan untuk kita pukul, sepak & terajang kucing tu. Dah mmg lumrah die akan panjat kat peha kita mintak mknn. Dia cuma mintak mknn je, bkn mende lain. Kalau takot, geli, x yah pegang. Kalau tak suka, tak perlu sepak.

Masih igtkah dengan kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana menolong seekor anjing. Ya, seekor ANJING. Yang mana ramai dalam kalangan kita melihat anjing ni sebagai haiwan yang haram disentuh dan boleh jadi isu hangat kerana seeorang wanita bertudung pegang anjing. Pegang anjing X HARAM, yang haram hnyalah makan daging anjing. Samalah keadaannya dengan babi. Kedua2nya hanya haram dimakan, bukan haram disentuh. Kalau dah pegang anjing tu, pandai2 lah basuh dengan air tanah ataupon sertu, bukannye samak. Samak ttu utk kulit binatang yg hendak dipakai mcm kulit lembu n kambing.

Kalaulah pegang najis tu haram, cuba ceita skit macam mana nak beristinjak? Bukankah yg tu pon najis?

Cuba kita renungkan.
Berapa kali bila kita nak bungkus makanan, kita bungkus extra sbb nak bg kat kucing?
Berapa kali bila kita masak, kita masak lebih sebab nak bagi kat kucing?
Berapa kali bila kita shopping, kita mmg beli mknn kucing sbb nk bg kat kucing liar?

Kalau pelacur yang tolong anjing yg najis berat tu pon boleh masuk syurga, x kan Allah x pandang langsung kebaikan kita pada seekor kucing?
Siapa tahu, mgkin dengan sebab kita hulur mknn kita yg smpai meleleh air liur tu sikit je kat kucing, Allah ampunkan dosa2 kita yg lepas.
Siapa tahu, mgkin dengan sebab kita keluarkan lebih duit untuk beli mknn kepada kucing2 ni, Allah buat2 x nmpk dengan dosa2 kita yg bertimbun tu.

Dan, mende ni x terbatas pada kucing sahaja. Bnyk lg haiwan yg wujud yg kita boleh buat perkara yg sama, mgkin juga pada anjing yg najis tu.



Friday 18 October 2013

Bersatu Terus Maju

Assalamualaikum...

Nak share sikit khutbah Jumaat tadi. Tajuknya 'Bersatu Terus Maju'. Secara ringkaasnya, kita berada di sebuah negara yang sangat-sangat special kerana kita ada macam-macam agama, bangsa dan budaya. Kepelbagaian inilah yang sepatutnya menjadikan kita semakin erat antara satu sama lain. Setiap nilai dan keunikan sesuatu suku itu tidak perlu dihapuskan semata-mata untuk mencapai perpaduan, malah perlu dikekalkan dalam usaha mengukuhkan perpaduan.

Tetapi, realiti hari ini menunjukkan banyak pihak yang seakan-akan cuba untuk menghidupkan api perkauman di Malaysia. Ini merupakan satu tindakan yang sangat tidak wajar. Kalau selama ini kita boleh hidup bersama dengan aman damai, kenapa tiba-tiba sekarang segalanya berubah. Kepada masyarakat, jangan menjadi mangsa propaganda yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang ada kepentingan sendiri. Kita tidak begitu mudah untuk diperbodohkan.

Pada apa yang saya lihat, masyarakat di sekeliling saya langsung tiada masalah untuk hidup bercampur gaul dengan mereka yang berlainan dari segi agama, bangsa dan budaya. Sebenarnya, perkara inilah yang menjadikan hidup kita lebih seronok dan bermakna. Jadi, sama-samalah kita hapuskan anasir-anasir yang cuba merosakkan perpaduan kita, dan sama-sama berusaha untuk mengukuhkan perpaduan kita.

p/s: takbir raya selepas solat jumaat tadi sangat menggetarkan jiwa dengan ramainya jemaah yang hadir dan sama-sama bertakbir selepas solat jumaat.

Thursday 17 October 2013

Idea idea....

Assalamualaikum...

Sudah lebih dua minggu blog ini diwujudkan, tapi masih belum ada apa2 lagi yang ditulis. Semasa perancangan, segal-galanya nampak mudah dan senang, tapi, bila hendak dimulakan terasa amat berat sekali. Merancang begitu mudah bila dibandingkan dengan pelaksanaannya. InsyaAllah masih mencari fokus-fokus utama dalam penulisan blog ini. Fokus yang ada sekarang adalah berkaitan dengan perkara yang berlaku dalam masyarakat hari ini dan apa yang boleh kita kaitkan dengan diri kita. Akan diusahakan agar penulisan menjadi lebih konsisten dan berjadual.

Tuesday 1 October 2013

Satu Permulaan

Assalamualaikum.

InsyaAllah blog ini akan menjadi satu medium untuk saya berkongsi idea dan pandangan mengenai apa yang saya perhatikan dalam perjalanan hidup ini. Bercita-cita untuk membawa Islam ke persada dunia dan kembali kepada zaman kegemilangan yang pernah dikecapinya dahulu.