Friday 18 October 2013

Bersatu Terus Maju

Assalamualaikum...

Nak share sikit khutbah Jumaat tadi. Tajuknya 'Bersatu Terus Maju'. Secara ringkaasnya, kita berada di sebuah negara yang sangat-sangat special kerana kita ada macam-macam agama, bangsa dan budaya. Kepelbagaian inilah yang sepatutnya menjadikan kita semakin erat antara satu sama lain. Setiap nilai dan keunikan sesuatu suku itu tidak perlu dihapuskan semata-mata untuk mencapai perpaduan, malah perlu dikekalkan dalam usaha mengukuhkan perpaduan.

Tetapi, realiti hari ini menunjukkan banyak pihak yang seakan-akan cuba untuk menghidupkan api perkauman di Malaysia. Ini merupakan satu tindakan yang sangat tidak wajar. Kalau selama ini kita boleh hidup bersama dengan aman damai, kenapa tiba-tiba sekarang segalanya berubah. Kepada masyarakat, jangan menjadi mangsa propaganda yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang ada kepentingan sendiri. Kita tidak begitu mudah untuk diperbodohkan.

Pada apa yang saya lihat, masyarakat di sekeliling saya langsung tiada masalah untuk hidup bercampur gaul dengan mereka yang berlainan dari segi agama, bangsa dan budaya. Sebenarnya, perkara inilah yang menjadikan hidup kita lebih seronok dan bermakna. Jadi, sama-samalah kita hapuskan anasir-anasir yang cuba merosakkan perpaduan kita, dan sama-sama berusaha untuk mengukuhkan perpaduan kita.

p/s: takbir raya selepas solat jumaat tadi sangat menggetarkan jiwa dengan ramainya jemaah yang hadir dan sama-sama bertakbir selepas solat jumaat.

No comments:

Post a Comment